ISI KANDUNGAN

Terdapat 25 Rasul yang wajib kita ketahui.Mari kita ikuti sejarah ringkas 25 para  rasul :

 1 ) Nabi ADAM as
-       Nabi dan manusia pertama di bumi. Dicipta dari tanah.Asal keturunan semua
       manusia
-       Isterinya HAWA dicipta dari tulang rusuk baginda
-       Mulanya baginda tinggal di syurga kemudian Allah menurunkannya  ke bumi 

2 ) Nabi IDRIS as
-       Diutuskan kepada  penduduk penduduk negeri Babylu [Iraq]
-       Menerima 30 suhuf utk disampaikan kepada umatnya keturunan Qabil
-       Org pertama yg pandai menulis, membaca, mengetahui ilmu falak dan mahir jahit menjahit

3 ) Nabi NUH as
-       Keturunan ke10 Nabi Adam dan di utuskan ke Arminia
-       Baginda berdakwah siang & malam tetapi umatnya ingkar termasuk isteri dan
-       Anak lelaki baginda.
-       Allah membinasakan mereka dgn banjir besar.
-       Org beriman naik bahtera baginda dan selamat
-       Gelaran baginda ‘Najiyallah”

4 ) Nabi HUD as
-       Berketurunan “Sam b Nuh”. Diutuskan kepada kaum ‘Ad yg tinggal di utara
      Hadralmaut di Yaman. Mereka menyembah berhala
-       Terkenal dgn golongan yang bertubuh besar, tenaga yg sangat kuat, kaya raya
       dan mahir membina benteng yg kukuh
-     Mereka mempersendakan seruan Allah
-     Allah membinasakan mereka dgn angin yg kencang yg sangat sejuk sehingga
      meresap ketulang sum-sum sehingga 8 hari 7 malam terus menerus

5 ) Nabi SOLEH as
-       Berketurunan Sam b Nuh dari generasi ke 6. Kaumnya Thamud [tinggal di tempat antara Hijaz{Arab Saudi} dan Syam {Syria, Tenggara Jordon}]
-       Mereka kufur kepada Allah dgn menyembah berhala dan takbur
-       Allah memusnahkan mereka dengan pekikan suara yang sangat kuat dari langit dan gempa bumi yang amat dahsyat.

6 ) Nabi IBRAHIM as
-       Berketurunan Sam b Nuh. Dilahirkan di Mausul [Iraq] semasa pemerintahan Raja Namrud [kufur dan zalim]
-       Sebahagian kaumnya menyembah berhala dan menentang dakwahnya
-       Baginda bijak berfikir. Gelarannya “Khalilullah”.

7 ) Nabi LUTH as
-       Anak saudara Nabi Ibrahim. Diutuskan kepada penduduk Negeri Sadum {sekarang Laut Mati di Jordon}
-       Penduduk derhaka kepada Allah swt dan buruk budi pekerti seperti;  merompak, menganiya dan mengamalkan liwat/homosex
-       Allah memusnahkan mereka dengan menebalikkan negeri mereka dan menurunkan hujan batu yg membinasakan mereka

8 ) Nabi ISMAIL as
-       Putera Nabi Ibrahim dgn isterinya Hajar. Org terawal mendiami Mekah dan
      diperintahkan mendirikan Kaabah. Nabi Ismail bantu ayahnya
-       Keturunan yg terdiri dari Qabilah Arab dan lahir Nabi Muhammad saw
-       Beliau digelar “Zabihu Allah” .

9 ) Nabi ISHAQ as
-       Putera Nabi Ibrahim dgn isterinya Sarah, adik sebapa dgn Nabi Ismail
-       Lahir para nabi dari kalangan Bani Israel
-       Dimaqamkan di Hibrun, Pelastin.

10 ) Nabi YA'KUB as
-       Putera Nabi Ishak, dikenali sebagai Israel yg bermaksud “Hamba Allah”
-       Diutuskan kpd penduduk Kan’an, Pelastin. Ada 12 org anak lelaki, Nabi Yusof anak baginda. Lahir keturunan Bani Israel.
-    Dimaqamkan di  Hibrun bersebelahan maqam bapanya Nabi Ishak.

11 ) Nabi YUSUF as

-       Putera kesayangan Nabi Yaakub kerana berakhlak mulia; terlalu sabar dan tabah menghadapi cabaran hidup, pemaaf, penyayang dan menghormati kedua ibubapanya.
-       Sangat kacak pandai mentadbir mimpi bijaksana sehingga dilantyik sebagai menteri yg menjaga perbendaharaan di Mesir

12 )  Nabi AYYUB as
-       Keturunan Nabi Ishak. Mempunyai harta dan anak yang ramai.
-       Amat bertaqwa dan suka membantu fakir miskin dan anak yatim.
-       Allah uji baginda dgn kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap penyakit  berat bertahun-tahun.
-       Baginda sabar dan iman yg teguh menempuh musibah
-       Akhirnya Allah menyembuhkan penyakitnya dan mengembalikan kehidupan seperti sebelumnya

13 ) Nabi SYU'AIB as 
-       Berketurunan Nabi Lut. Diutuskan ke negeri Madyan di Jordon
-       Kaumnya mengamalkan sikap mengurangkan timbangan & sukatan dlm urusan jual beli
-       Larangan baginda tidak dihiraukan.
-       Allah membinasakan dgn gempa bumi dan petir yg sangat dahsyat.

14 ) Nabi MUSA as
-       Berketurunan Nabi Yaakub, putera Imran dan bersaudara dgn Nabi Harun
-       Gelaran baginda ialah “Kalimullah”
-       Dpt bercakap dgn Allah di Bukit Thuur Sina. Baginda diberi kitab Taurat
-       Dilahirkan di Mesir semasa pemerintahan Firaun yg zalim dan dakwa dirinya Tuhan
-       Firaun perintah tenteranya membunuh semua bayi lelaki, keturunan Bani Israel
-       Terselamat dan dipelihara di istana oleh Asiah isteri Firaun
-       Beliau berdakwah kpd Firaun, Firaun enggan.
-       Allah memusnahkan Firaun bersama tenteranya mati lemas tenggelam dlm Laut merah.

15 ) Nabi HARUN as
-       Saudara Nabi Musa, Fasih berbicara
-       Teman berdakwah bersama-sama Nabi Musa dan membantu dlm menyampaikan risalah tauhid kpd Bani Israel dan penduduk Mesir

16 ) Nabi ZULKIFLI as
-       Putera Nabi Ayub. Nabi dan Raja  kpd penduduk Damsyik dan sekitarnya
-       Nama asalnya “Bassyar” dan dinamakan Zulkifli kerana banyak berpuasa pd siang hari dan beribadat pd waktu malam.
-       Seorang yg penyabar dan bijak mengatur waktu ketika menjadi raja.

17 ) Nabi DAUD as
-       Berketurunan Nabi Ishak
-       Memiliki suara yhg merdu, boleh melembutkan besi dgn tangan utk buat baji perang.
-       Walaupun raja tetapi bekerja sendiri utk memenuhi keperluan hidup
-       Kuat beribadat seperti berpuasa berselang hari sepanjang tahun
-       Raja yg adil lagi bijaksana dan telah membina kota Baitul Maqdis bersama puteranya Nabi Sulaiman. Wafat di situ.

18 ) Nabi SULAIMAN as
-       Putera Nabi Daud. Rasul dan raja yg bijaksana
-       Memahami bahasa binatang, boleh memerintah jin dan angin
-       Berjaya mengislamkan Ratu Balqis dan berkahwin dgnnya.

19 ) Nabi ILYAS as
-       Berketurunan Nabi Harun. Diutuskan kpd Bani Israel yg ketika itu sembah berhala yg bernama Ba’li
-       Menolak dakwah Nabi Ilyas dan berusaha membunuhnya.
-       Allah memusnahkan mereka dgn menurunkan bala; kemarau selama tiga tahun.

20 ) Nabi ILYASA as
-       Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kpd Bani Israel
-       Berjaya menyeru umatnya kembali menyembah Allah, kaumnya hidup dlm keadaan aman damai,
-       Kaumnya kufur selepas kewafatan Nabi Iilyasa’
Allah memusnahkan mereka dgn bala; melenyapkan kesenangan yg dinikmati.

21 ) Nabi YUNUS as
-       Diutuskan kpd kaum yg menyembah berhala Daninawa di Iraq.
-       Apabila mereka enggan menerima dakwah, Nabi Yunus meninggalkannya dan menumpang sebuah kapal
-       Kapal menghadapi ombak besar dan ribut taufan yg boleh menenggelamkan.
-       Setelah diundi sebanyak 3 kali, baginda terpilih utk dibuang ke laut
-       Baginda ditelan dgn ikan NUN [paus]
-       Baginda  sentiasa bertasbih dan beristighfar sehingga Allah mengeluarkannya dari perut ikan itu.
-       Baginda pulang kpd kaum yang telah beriman kerana insaf & takut akan azab Allah swt.

22 ) Nabi ZAKARIA as
-       Berketurunan Nabi Sulaiman yg diutuskan kpd Bani Israel di Pelastin.
-       Sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat walaupun umur baginda 100 tahun dan isterinya mandul. Akhirnay Allah mengurniakan beliau dgn anak lelaki yg dinamakan Yahya “hidup”
-       Beliau juga membesarkan Maryam, ibu Nabi Isa.

23 ) Nabi  YAHYA as
-       Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan ilmu yg luas sejakmkecil lagi dan memeliharanya drp maksiat
-       Seorg nabi yg bertaqwa, berbudi bahasa, rajin berbakti kpd ibubapa dan tidak sombong.
-       Baginda dan ayahnya mati syahid kerana menegakkan hukum Allah.
-       Mereka dibunuh kerana menghalang raja dari mengahwini anak tirinya sendiri.

24 ) Nabi ISA as
-       Putera Maryam bte Imran. Dgn kuasa Allah Malaikat Jibrel meniupkan roh suci ke dalam rahim Maryam. Lahir Nabi Isa tanpa ayah. Diutuskan kpd Bani Israel dan diberi kitab Injil
-       Keistimewaan baginda; boleh bercakap semasa bayi.
-       Hanya segelintir umatnya yg beriman dgn gelaran “Al-Hawariun”
-       Kaumnya yg enggan berusaha membunuh Nabi Isa.
-       Allah menyelamatkan baginda dgn mengangkatnya ke langit dan akan diturunkan kembali ke bumi utk menegakkan kebenaran Islam

25 ) Nabi MUHAMMAD saw
-       Junjungan Nabi Muhammad b Abdullah b Abdul Mutalib dari keturunan Nabi Ismail.
-       Dilahirkan di Kota Mekah. Sejak remaja terkenal dgn sifatnya yg jujur dan digelar ‘al-Amin”
-       Ketika berusia 40 tahun dilantik sebagai rasul kepada seluruh alam dan diwahyukan Kitab al-Quran.
-       Penghulu sekelian rasul [Saidul Mursalin] dan Nabi terakhir [Khatimul Anbiya’]
-       Menanggung pelbagai dugaan ketika berdakwah dari kaum Quraisy
-       Nabi Muhammad berjaya membuat perubahan besar dalam sejarah bangsa Arab dan umat manusia seluruhnya.
-       Wafat di Kota Madinah al-Munawwarah.


    RASUL ULUL 'AZMI

    Rasul Ulul 'Azmi adalah  rasul yang banyak mendapat musibah serta ujian daripada Allah dan mereka tetap sabar menghadapinya.Rasul Ulul 'Azmi tersebut adalah :

    1 ) Nabi NUH as
         - Sabar menyeru kaumnya supaya beriman selama 950 tahun.Hanya beberapa orang sahaja yang beriman    dan yang selebihnya menolak.

    2 ) Nabi IBRAHIM as
         -  Diuji dengan perintah menyembelih puteranya Ismail.Tabah menghadapi kaumnya sehingga dicampak ke dalam api.

    3 ) Nabi MUSA as
         -  Bertemu firaun dan pembesarnya dengan tabah dan cekal.Menyeru mereka beriman walaupun menyedari risiko dibunuh.

    4 ) Nabi ISA as
         - Tabah menghadapi ancaman bunuh kaumnya.Dikhianati oleh sahabat karibnya Yahuza al-Asghar Yuti

    5 ) Nabi MUHAMMAD saw
         - Sabar menghadapi tentangan dan ancaman bunuh kaumnya.Tabah menghadapi ujian ketika berhijrah ke Madinah

    4 comments:

    1. sejarah 25 rasul yang banyak pengajaran..

      ReplyDelete
      Replies
      1. Ahamdulillah.....terima kasih..

        Delete
      2. Tertarik dengan sejarah para rasul didalam laman ini,tahniah ye,blog yang sangat menarik.

        Delete
      3. Alhamdulillah.....terima kasih yang tidak terhingga..kerana sudi melayari blog ini.

        Delete