Thursday 9 February 2012

Pengertian Rasul


Rasul - Lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk dirinya dan disuruh untuk menyampaikannya kepada orang lain.

Setiap muslim wajib mempercayai kesemua 25 orang Rasul. Umat Islam tidak boleh beriman kepada sebahagian Rasul, kerana semua Rasul membawa rislaah tauhid yang satu dan saling melengkapi sejak nabi Adam a.s hinga Nabi Muhammad saw berdasarkan ; Surah al-Baqarah ayat 285;

 

Maksudnya; Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

Video - 25 Rasul ( Raihan )